بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØْمنِ الرَّØِيمِ
Salam sejahtera buat semua pembaca.
Pertama sekali aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menyokong perjuangan kami dalam Shaklee dari dulu sehingga sekarang. Semoga Allah membalas jasa kalian.
Buat kesekian kalinya aku telah dijemput oleh isteri untuk menjadi penulis tetamu jemputan untuk blog Shaklee Shaina Shop beliau. Rasa nak menangis pun ada. Blog baru ni, semangat baru gamaknya.
Sebelum ni, aku memang selalu update blog Shaina Health Shop dengan content pasal Shaklee. Tapi itu blog lama, sebelum kami buat Shaklee lagi blog tu dah ada. Macam-macam ujikaji eksperimen dari tahap basic ke advance semuanya telah dijalankan ke atas blog itu. Dari tukar template la, tukar yang free kat internet la, letak widget canggih manggih mengalahkan ujikaji mencipta roket la, masuk link ke Analytic la, letak Nuffnang la, connect ke Webmaster tool la, semua hado. Dan hasilnya, rojak buah yang enak dimakan begitu sahaja. Blog canggih tapi ada banyak error. Tak fokus pun satu faktor yang menyumbang. Trafik memang ada, tapi tak sebanyak mana.
Ditambah lagi dengan perasaan ingin naik rank setelah terperap lama di pangkat Senior Coordinator, memang sesuatu tindakan drastik terpaksa diambil. Nak harapkan fb ads memang tak boleh dah. Kos ads macam dah meroket pula naiknya. Nak tak nak, kena terjun ke dalam dunia blog juga. Lama dah nak buat tapi asyik tangguh sahaja. Tak tau kenapa (ye ke?)
Jadi..
Setelah berbincang..berbincang..dan berbincang, akhirnya kami (suami isteri) bersetuju untuk membuka satu platform baru (blog baru la tu) khas untuk kami update content mengenai produk Shaklee dan perjalanan bisnes Shaklee kami. Isteri saya yang juga bekas seorang guru matematik, guru perpustakaan, guru disiplin (huh?) guru bolasepak perempuan (mak ai semua pun dia balun), jadi gaya bahasa beliau menerangkan sesuatu itu mestilah dengan detail sedetail detailnya. Cerita pasal produk boleh sembang dengan beliau. Dan saya pula, (jeng..jeng.. jeng..) telah ditugaskan untuk meng'update'kan blog dengan content yang lebih lively. Dijamin tiada ayat skema. Buktinya? Anda sedang membacanya sekarang.
Sekian dahulu entry pertama dari saya dalam blog ini.
Ketemu di entry berikutnya.
Yang benar,
016-2022416
Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.
Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.
Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✐ Blog: www.shaina-shop.net
✉ Email: admin@shaina-shop.net
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong
DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.
Comments
Post a Comment