Skip to main content

ESP (PROTEIN) SHAKLEE: PROTEIN BUKAN-GMO YANG LENGKAP DENGAN SEMUA ASID AMINO PERLU

Tubuh badan kita memerlukan protein untuk tumbesaran yang sihat. Struktur asas badan manusia adalah sel. Dari sel membentuk tisu, dari tisu membentuk organ, dari organ membentuk sistem dan yang paling penting, protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein yang berkualiti, sel yang sihat akan mudah terbentuk untuk menggantikan sel-sel lama.

Protein boleh didapati melalui makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein mudah termusnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Jadi bagaimana caranya untuk memastikan tubuh badan kita mendapat bekalan protein yang mencukupi dan terjamin kualitinya?Jom baca info tentang ESP (Protein) Shaklee yang merupakan sumber protein paling mudah didapati di pasaran.

ESP (Protein) Shaklee
Harga runcit: RM150.00

PERBEZAAN ESP (PROTEIN) SHAKLEE DENGAN PROTEIN JENAMA LAIN

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protein yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Di mana, kini, banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

ESP (Protein) Shaklee ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kuantiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP (Protein) Shaklee) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP (Protein) Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur (tua dan muda). Manakala kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap diabetes.

Kandungan Indeks Glisemik (GI) ESP (Protein) Shaklee adalah rendah iaitu 39
Nak tahu apa itu Indeks Glisemik (GI)? Klik SINI

Satu hidangan ESP Shaklee ini bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, 12x ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Khasiat satu hidangan ESP (Protein) Shaklee

MANFAAT DAN KEBAIKAN ESP (PROTEIN) SHAKLEE

° Awet muda – asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar dll. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

° Baik untuk hormon – kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol dan mencegah risiko osteoporosis serta sakit jantung.

° Baik untuk prostat – genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

° Kulit remaja – merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat penyembuhan luka, dan mengurangkan kesan parut.

° Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baikuntuk kekal bertenaga, mecegah migrain, imsomnia dan tekanan.

° Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

° Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

KANDUNGAN NUTRISI DI DALAM ESP (PROTEIN) SHAKLEE

Kandungan nutrisi di dalam ESP (Protein) Shaklee

Kepentingan protein:
Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama dalam hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ dan kematian.

Apa itu asid amino?:
Protein terdiri daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid amino perlu. ESP (Protein) Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut.

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehinggan kepada pengeluarannya.

BAGAIMANA MEMILIH PROTEIN PREMIUM?

Sila klik SINI.

TESTIMONI ESP (PROTEIN) SHAKLEE:

Jom baca himpunan testimoni mereka yang telah berpuas hati dengan ESP (Protein) Shaklee di SINI.

SIAPA PERLUKAN ESP (PROTEIN) SHAKLEE?

Ada 9 golongan utama yang memerlukan ESP (Protein) Shaklee ini. Nak tahu siapa mereka? Adakah anda tergolong dalam kumpulan mereka yang memerlukan ESP (Protein) Shaklee? Klik SINI untuk teruskan pembacaan.

VARIASI RESIPI CARA BANCUH ESP (PROTEIN) SHAKLEE

Sila klik SINI.

MASKER ESP (PROTEIN) SHAKLEE

Sila klik SINI.


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

Kembalikan Kesihatan Sendi dengan Vivix: Penyelesaian Terbaik untuk Sendi yang Sihat

Sakit sendi merupakan masalah yang kerap dialami, terutama bagi mereka yang berusia atau sering melakukan aktiviti berat. Kualiti hidup boleh terjejas apabila sendi-sendi mula sakit, kaku, atau meradang. Keadaan ini bukan saja menyukarkan pergerakan harian tetapi juga mengurangkan keyakinan diri. Tapi jangan risau, ada cara semulajadi untuk bantu kesihatan sendi dan mengekalkan pergerakan yang lancar – dengan bantuan Vivix. Punca Masalah Sendi Punca utama sakit sendi adalah kerosakan pada tulang rawan, yang berfungsi melindungi hujung tulang dalam sendi. Lama-kelamaan, faktor seperti penuaan, pemakaian sendi yang berlebihan, dan keradangan boleh menyebabkan tulang rawan ini haus atau pecah. Akibatnya, sendi-sendi akan mula bergesel, yang menyebabkan rasa sakit, bengkak, dan kekakuan. Selain itu, radikal bebas juga boleh mempercepatkan kerosakan sel pada sendi, meningkatkan risiko keradangan. Bagaimana Vivix Membantu Menyokong Kesihatan Sendi Vivix mengandungi bahan antioksidan yang tin...

8 Langkah Mudah untuk Melegakan Sakit Lutut dan Meningkatkan Kesihatan Sendi

Pagi tadi kita telah belajar tentang simptom sakit lutut dan petang tadi, kita kupas faktor dan puncanya. Sekarang, tiba masanya kita bincangkan cara-cara yang boleh membantu melegakan sakit lutut dan meningkatkan kesihatan sendi anda secara keseluruhan. 1. Lakukan Senaman Ringan – Senaman ringan seperti berjalan, berenang, atau yoga sangat membantu dalam menguatkan otot di sekitar lutut. Ini membantu untuk menyokong sendi lutut dan mengurangkan tekanan berlebihan yang boleh mencetuskan kesakitan. 2. Cuba Latihan Penguatan – Latihan khusus yang menguatkan otot paha, pinggul, dan betis juga penting untuk mengurangkan tekanan pada lutut. Contohnya, latihan squat ringan atau lunges yang dilakukan dengan teknik yang betul. 3. Kurangkan Berat Badan – Jika anda mengalami kelebihan berat badan, cubalah untuk turunkan sedikit demi sedikit. Setiap kilogram yang kita kurangkan, ia memberi impak besar dalam mengurangkan tekanan pada sendi lutut. 4. Gunakan Ais dan Panas – Ais boleh membantu mengu...

Tambah Susu Badan: Jangan Biarkan Bayi Anda Kelaparan

Bila ada bayi, semua ibu pasti nak berikan yang terbaik.   Menyusukan anak adalah satu pengalaman yang sangat istimewa, tapi tak dinafikan ada juga cabarannya.   Salah satu cabaran terbesar?   Susu badan tak cukup.   Mungkin anda dah cuba macam-macam cara tapi susu tetap tak bertambah.   Jangan risau, anda tak keseorangan.   Ramai ibu lain pun pernah berada di tempat yang sama.   Mari kita kupas punca masalah ni, faktor penyumbang, dan cara terbaik untuk tambahkan susu badan.   Kenapa Susu Badan Jadi Kurang?   Susu badan bergantung pada prinsip "supply and demand".   Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dihasilkan.   Tapi, ada beberapa sebab kenapa susu badan boleh kurang.   Antaranya, teknik penyusuan yang kurang betul.   Kalau bayi tak dapat latch dengan baik, susu tak akan keluar dengan sempurna.   Dehidrasi juga boleh jadi punca....

Sering Kena Gastrik? Ini 7 Tips Pantas & Berkesan Untuk Legakan Sakit Gastrik Anda!

Bayangkan pagi-pagi dah rasa pedih kat ulu hati. Nak makan pun serba salah sebab takut makin sakit. Bila sakit gastrik datang, memang rasa tak keruan. Korang yang pernah kena mesti faham betapa peritnya situasi ni. Tapi jangan risau, ada cara untuk atasi dan cegah sakit gastrik supaya hidup korang lebih tenang dan selesa. Hari ni saya nak kongsikan punca, faktor risiko, tanda-tanda gastrik, dan paling penting, 7 tips pantas yang korang boleh cuba untuk legakan sakit gastrik. Saya juga akan cerita tentang produk Shaklee yang boleh bantu atasi masalah ni. Punca Gastrik Gastrik terjadi apabila lapisan perut (mukosa) mengalami keradangan atau iritasi. Beberapa punca utama gastrik termasuk: Pola makan yang tak teratur – Lewat makan atau skip waktu makan boleh sebabkan asid perut terkumpul dan mencederakan dinding perut. Tekanan/stres – Bila korang stres, badan akan menghasilkan lebih banyak asid perut. Pengambilan makanan pedas dan berasid – Ini boleh merangsang pengeluaran asid p...

Gejala Hipertensi yang Ramai Abaikan

Hai semua! Jika anda mengikuti entri sebelum ini, anda pasti sudah tahu tentang hipertensi dan betapa pentingnya untuk menjaga tekanan darah kita. Namun, dalam entri kali ini, kita akan berbincang mengenai gejala-gejala hipertensi yang sering diabaikan oleh ramai orang. Simptom-simptom ini mungkin nampak ringan, tetapi jika dibiarkan, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius. Mari kita lihat dengan lebih mendalam! Sakit Kepala: Petanda Awal yang Sering Diremehkan Salah satu gejala yang sering diabaikan adalah sakit kepala. Banyak daripada kita mungkin beranggapan bahawa sakit kepala itu hanya disebabkan oleh tekanan kerja atau kurang tidur. Namun, sakit kepala yang berterusan, terutamanya yang berlaku secara tiba-tiba, boleh menjadi petanda bahawa tekanan darah anda berada pada tahap yang tidak normal. Jadi, jika anda sering mengalami sakit kepala, jangan pandang remeh. Ambil sedikit masa untuk memeriksa tekanan darah anda! Pandangan Kabur: Tanda Bahaya yang Patut Di...