Skip to main content

5 TANDA ANDA LELAKI YANG SIHAT

Jarang sekali kita mendengar lelaki mengambil berat akan soal kesihatan mereka. Ada yang mengambil jalan mudah tidak kurang juga yang tidak ambil peduli langsung. Wahai kaum Adam, apakah anda mahu dikejarkan ke hospital baru anda ingin ambil tahu tentang tahap kesihatan anda? Jom kenalpasti 5 tanda anda lelaki yang sihat dengan meneruskan bacaan.

1. Warna kuku merah muda


Warna kuku biasanya menjadi penanda aras kesihatan yang paling mudah dilihat. Secara umumnya, orang yang sihat memiliki warna kuku merah muda (pink) yang lembut. Oleh itu, anda perlulah khuatir sekiranya terdapat perubahan pada warna kuku. Kuku yang berwarna kekuningan dan pertumbuhan kuku yang lambat merupakan tanda anda mempunyai penyakit berkaitan pernafasan. Sementara itu, kuku yang berlekuk merupakan petanda diabetes. Kekurangan nutrisi tertentu seperti zat besi juga mempengaruhi warna kuku.

2. Warna urin kuning muda



Secara umumnya, warna urin yang normal sangat bervariasi, bergantung kepada jumlah air yang diminum. Apabila kita minum air yang banyak, warna urin biasanya lebih jernih dan putih. Sebaliknya apabila tubuh terdehidrasi atau kurang air, warna urin akan menjadi lebih gelap dan kuning pekat. Selain warna, perhatikan juga perubahan pada bau yang kuat atau warna yang kemerahan. Segeralah berjumpa dengan doktor jika mengalami tanda-tanda tersebut.

3. Menghasilkan air mani



Seorang lelaki dewasa yang sihat mampu menghasilkan air mani sebanyak 2-5ml ketika ejakulasi. Seiring dengan pertambahan umur, penghasilan air mani akan berkurangan. Namun, apabila air mani yang dihasilkan kurang daripada 2ml, ia menunjukkan tanda hypersemia yang boleh mempengaruhi kesuburan lelaki. Selain itu, warna air mani juga mempengaruhi tahap kesihatan. Lelaki yang sihat mempunyai air mani yang berwarna putih dan pekat. Sekiranya air mani bercampur darah atau terlalu cair, anda perlulah berjumpa dengan doktor secepat yang mungkin.

4. Denyut nadi 70 bpm



Denyut jantung ketika berehat adalah penanda aras yang baik untuk melihat kadar kesihatan seseorang. Untuk lelaki dewasa yang sihat, angka yang normal adalah sekitar 70-75 bpm (beat per minute). Untuk mengukurnya, letakkan 2 jari di urat nadi pergelangan tangan lalu hitunglah sambil melihat jam selama 15 saat. Darabkan angka ini dengan 4 untuk mendapatkan nilai per minitnya.

5. Jenis kulit



Tanda-tanda anda mempunyai kulit yang sihat ialah yang bersifat elastik dan kembali normal apabila dicubit. Sebaliknya, kulit yang terdehidrasi akan kembali ke posisi normal dengan lambat setelah dicubit.

Mahu jadi lelaki yang sihat? Jom dapatkan Set Kesihatan Lelaki Shaklee untuk bekalan nutrisi terbaik bagi kesihatan lelaki.

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

Kembalikan Kesihatan Sendi dengan Vivix: Penyelesaian Terbaik untuk Sendi yang Sihat

Sakit sendi merupakan masalah yang kerap dialami, terutama bagi mereka yang berusia atau sering melakukan aktiviti berat. Kualiti hidup boleh terjejas apabila sendi-sendi mula sakit, kaku, atau meradang. Keadaan ini bukan saja menyukarkan pergerakan harian tetapi juga mengurangkan keyakinan diri. Tapi jangan risau, ada cara semulajadi untuk bantu kesihatan sendi dan mengekalkan pergerakan yang lancar – dengan bantuan Vivix. Punca Masalah Sendi Punca utama sakit sendi adalah kerosakan pada tulang rawan, yang berfungsi melindungi hujung tulang dalam sendi. Lama-kelamaan, faktor seperti penuaan, pemakaian sendi yang berlebihan, dan keradangan boleh menyebabkan tulang rawan ini haus atau pecah. Akibatnya, sendi-sendi akan mula bergesel, yang menyebabkan rasa sakit, bengkak, dan kekakuan. Selain itu, radikal bebas juga boleh mempercepatkan kerosakan sel pada sendi, meningkatkan risiko keradangan. Bagaimana Vivix Membantu Menyokong Kesihatan Sendi Vivix mengandungi bahan antioksidan yang tin

8 Langkah Mudah untuk Melegakan Sakit Lutut dan Meningkatkan Kesihatan Sendi

Pagi tadi kita telah belajar tentang simptom sakit lutut dan petang tadi, kita kupas faktor dan puncanya. Sekarang, tiba masanya kita bincangkan cara-cara yang boleh membantu melegakan sakit lutut dan meningkatkan kesihatan sendi anda secara keseluruhan. 1. Lakukan Senaman Ringan – Senaman ringan seperti berjalan, berenang, atau yoga sangat membantu dalam menguatkan otot di sekitar lutut. Ini membantu untuk menyokong sendi lutut dan mengurangkan tekanan berlebihan yang boleh mencetuskan kesakitan. 2. Cuba Latihan Penguatan – Latihan khusus yang menguatkan otot paha, pinggul, dan betis juga penting untuk mengurangkan tekanan pada lutut. Contohnya, latihan squat ringan atau lunges yang dilakukan dengan teknik yang betul. 3. Kurangkan Berat Badan – Jika anda mengalami kelebihan berat badan, cubalah untuk turunkan sedikit demi sedikit. Setiap kilogram yang kita kurangkan, ia memberi impak besar dalam mengurangkan tekanan pada sendi lutut. 4. Gunakan Ais dan Panas – Ais boleh membantu mengu

LOW MILK SUPPLY: KETAHUI 8 CARA MENGATASI MASALAH SUSU BADAN KURANG

Jika anda mengalami masalah susu badan kurang dan telah mengenalpasti punca-punca nya, cuba lakukan 8 cara berikut untuk mengatasinya: 1. Kerapkan meyusu bayi atau pam susu sekurang-kurangnya 3 jam sekali. 2. Urut atau tuam payudara. 3. Makan makanan seimbang atau ambil suplemen . 4. Minum air secukupnya sekurang-kurangnya 3liter/hari. 5. Berfikiran positif, banyakkan berdoa, zikir, mengharap kepada-Nya agar dipermudahkan perjalanan penyusuan. "Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan” 6. Memilih pam susu yang sesuai (hospital grade), menggunakan teknik yang betul, cepat dan berkesan serta mengamalkan strategi (power pumping, pam waktu malam, tandem nursing). 7. Skin to skin. 8. Offer both breast. Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatka

SET JERAGAT SHAKLEE (VITAMIN UNTUK MENGHILANGKAN JERAGAT DI WAJAH)

Kehadiran jeragat pasti mencacatkan penampilan seseorang wanita. Selalunya mereka yang mengalami masalah jeragat ini terpaksa mengenakan mekap tebal untuk menutup kesan tompokan berwarna coklat sama ada coklat gelap atau coklat yang pudar. Untuk wajah bebas jeragat tanpa perlu bermekap, anda bolehlah mencuba Set Jeragat Shaklee yang terdiri daripada: Set Jeragat Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour   RM173.75 (non-member) ESP : ESP Shaklee membekalkan protein semulajadi dari sumber soya bukan GMO. ESP mengandungi kandungan protein dan isoflavones yang  bertindak serentak untuk menghalang pertumbuhan sel tidak normal dan membaiki masalah jeragat. GLA Complex   RM97 (non-member) GLA Complex : Jeragat berlaku kerana terdapat masalah pada hormon. Oleh itu, pengambilan Gamma Lenolenic Acid (GLA) adalah amat penting. GLA Complex Shaklee mengandungi 2 kali ganda lebih GLA berbanding jenama lain di pasaran. Untuk menghilangkan jeragat pada, GLA Complex

Apa yang Menyebabkan Tekanan Darah Meningkat?

Selamat datang kembali! Jika anda mengikuti entri sebelumnya, anda pasti sudah mendapat sedikit pemahaman tentang hipertensi dan gejala-gejalanya yang sering diabaikan. Sekarang, mari kita selami lebih dalam dan bincangkan tentang punca-punca yang menyebabkan tekanan darah kita meningkat. Pengetahuan ini sangat penting supaya kita dapat mengambil langkah-langkah yang betul untuk menjaga kesihatan.  Faktor Stres: Musuh Dalam Selimut Pertama sekali, kita tidak boleh lari dari realiti hidup yang penuh dengan tekanan. Ya, stres! Kehidupan kita yang sibuk dan penuh cabaran, seperti bekerja dalam suasana yang tegang, menjaga keluarga, atau menghadapi masalah kewangan, semuanya boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal kita. Ketika kita tertekan, tubuh kita akan melepaskan hormon stres yang membuat jantung berdegup lebih laju dan menyebabkan tekanan darah meningkat. Jadi, penting untuk kita belajar cara menguruskan stres dengan baik. Teknik pernafasan, meditasi, atau sekadar meluangkan m