Skip to main content

6 PETUA DAN CARA MUDAH MENGHILANGKAN JERAGAT DI WAJAH

Jeragat walaupun adalah sejenis penyakit kulit namun ianya tidak berbahaya. Tetapi kehadiran jeragat di wajah akan serba sedikit mencacatkan penampilan seseorang.

APA ITU JERAGAT?

6 PETUA DAN CARA MUDAH MENGHILANGKAN JERAGAT DI WAJAH
Jeragat pada wajah: 6 petua dan cara mudah menghilangkannya

Jeragat yang juga dikenali sebagai pigmentasi atau melasma adalah perubahan warna kulit gelap yang muncul di kawasan wajah yang selalu terdedah kepada matahari terutamanya di bahagian pipi, hidung dan dahi.

6 PETUA DAN CARA MUDAH MENGHILANGKAN JERAGAT DI WAJAH

 1. Cuci muka dengan kerap
Kebersihan wajah adalah perkara paling penting yang perlu dititik beratkan apabila menghadapi masalah jeragat. Cucilah muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka. Jeragat terhasil daripada lebihan minyak, bakteria dan sel-sel kulit yang mati dan dengan mencuci muka dapat menghapuskan pembentukan bahan-bahan tersebut di bahagian wajah. Tetapi jangan pula terlalu kerap mencuci muka sehingga menjadi terlalu kering lalu menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan di wajah dan membentuk lebih banyak jeragat.

6 PETUA DAN CARA MUDAH MENGHILANGKAN JERAGAT DI WAJAH - Cuci muka dengan kerap
Cuci muka dengan kerap

2. Gunakan krim benzoil peroksida
Gunakan krim yang mengandungi benzoil peroksida untuk membersihkan muka. Benzoil peroksida merupakan rawatan jerawat yang amat berkesan yang juga boleh digunakan untuk menghilangkan jeragat. Ia berfungsi dengan membunuh bakteria pada permukaan kulit wajah dan menghapuskan pembentukan minyak dan sel-sel kulit mati. Ia boleh didapati di kebanyakan farmasi dan mempunyai tahap kekuatan yang tertentu. Walau bagaimana pun, krim benzoil peroksida boleh menyebabkan kulit menjadi sakit, gatal, kering dan mengelupas. Oleh itu, penggunaannya pada kulit wajah perlulah dikawal.

6 PETUA DAN CARA MUDAH MENGHILANGKAN JERAGAT DI WAJAH - Gunakan krim benzoil peroksida
Gunakan krim benzoil peroksida

3. Jumpa doktor pakar kulit
Teknologi perubatan hari ini memungkinkan pakar dermatologi atau doktor pakar kulit untuk menghilangkan jeragat di wajah anda. Mereka akan menggunakan sejenis alat yang telah disterilkan untuk menghapuskan jeragat serta menghalang pembentukan minyak dan sel-sel kulit yang mati. Selain menggunakan khidmat doktor pakar kulit, anda juga boleh membeli alat tersebut, tetapi perlu berhati-hati ketika menggunakannya kerana jika tersilap langkah boleh menyebabkan parut yang kekal pada wajah.

6 PETUA DAN CARA MUDAH MENGHILANGKAN JERAGAT DI WAJAH - Jumpa doktor pakar kulit
Jumpa doktor pakar kulit

4. Selalu basuh rambut
Mempunyai rambut yang berminyak boleh menyebabkan lebih banyak minyak terbentuk di bahagian permukaan kulit wajah. Selain daripada mencuci muka dua kali sehari, anda juga perlu memastikan rambut dibasuh setiap dua atau tiga hari sekali bagi menghalang pembentukan minyak berlebihan daripada terjadi di bahagian muka.

6 PETUA DAN CARA MUDAH MENGHILANGKAN JERAGAT DI WAJAH - Selalu basuh rambut
Selalu basuh rambut

5. Gunakan produk kecantikan yang bebas daripada minyak
Produk-produk kecantikan seperti alat mekap dan losyen yang berminyak adalah punca utama liang menjadi tersumbat. Selain daripada itu, anda juga perlu memastikan alat-alat solek anda seperti berus dan span dibasuh dengan lebih kerap, kerana ianya boleh mengundang bakteria untuk hidup padanya.

6. Amalkan diet pemakanan yang sihat
Kita sedia maklum bahawa minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat. Oleh itu, kita perlulah menghadkan pengambilan makanan yang berminyak serta banyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak akan meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan. Ini kerana, badan yang sihat akan menyebabkan kulit juga menjadi sihat serta bebas jeragat.

Mengalami masalah jeragat dan ingin mencuba vitamin untuk menghilangkan jeragat di wajah? Set Jeragat Shaklee mungkin penyelesaian untuk masalah anda.

SET JERAGAT SHAKLEE
Set Jeragat Shaklee

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

Pengalaman mengandung kali pertama pasti mengujakan. Tapi macam mana nak tahu sudah menghampiri waktu bersalin sedangkan tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Ibu-ibu jangan panik sekiranya berdepan dengan situasi sakit pinggang seperti hendak patah, perut memulas seperti hendak buang air besar mahupun terdapat lendir atau cairan keluar. Kesemua berikut adalah tanda bersalin dan melahirkan anak semakin hampir. Penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda ini agar langkah selanjutnya dapat diambil. Ayuh teruskan pembacaan 7 tanda bersalin dan melahirkan anak berikut. ° Bloody show: Lazimnya akan berlaku pengeluaran dalam bentuk lendir ataupun darah di faraj. Pengeluaran lendir bercampur darah menjelaskan bahawa ruang serviks anda telah terbuka. Situasi inilah yang menyebabkan lendir bercampur darah itu tadi. ° Kontraksi: Kontraksi adalah tanda awal anda hampir bersalin. Biasanya perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi se...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...