Langkau ke kandungan utama

TIPS MERAWAT DAN MENGHILANGKAN JERAWAT PADA KULIT WAJAH


TIPS MERAWAT DAN MENGHILANGKAN JERAWAT PADA KULIT WAJAH

APA ITU JERAWAT?

Jerawat terjadi apabila minyak dan sel kulit mati menyumbat liang pori. Jerawat merupakan masalah kulit paling umum, dan muncul dalam bentuk bintik hitam, kulit kemerahan kerana iritasi, noda hitam, atau bintik merah membengkak hingga bernanah.

FAKTOR TERJADINYA JERAWAT

Walaupun jerawat biasanya menyerang remaja pada usia akil baligh, orang dewasa juga tidak terkecuali. Antara faktor terjadinya jerawat pada kulit wajah ialah:

  • Hormon: Perubahan hormon dalam tubuh manusia boleh mengakibatkan terjadinya jerawat, seperti semasa akil baligh dan haid.
  • Genetik: Jerawat boleh berlaku dalam keluarga.
  • Psikologi: Keadaan psikologi seseorang (kemurungan dan stress) boleh memberi kesan kulit dan menyebabkan jerawat terjadi.
  • Jangkitan: Bakteria propionibacteria acnes (P. acne) ditemui pada banyak kulit berjerawat. Bakteria ini sebenarnya adalah bakteria yang biasa terdapat di kulit dan secara umum tidak berbahaya. Namun jika liang pori kulit membesar dan tersumbat oleh sel kulit mati dan minyak, maka bakteria ini akan mencetuskan keradangan pada kulit dan menyebabkan terjadinya jerawat pada kulit wajah.

TIPS MERAWAT DAN MENGHILANGKAN JERAWAT PADA KULIT WAJAH DENGAN SET KECANTIKAN SHAKLEE

Nak tahu bagaimana Set Kecantikan Shaklee mampu merawat dan menghilangkan jerawat pada kulit wajah dengan? Jom baca testimoni di bawah:

TIPS MERAWAT DAN MENGHILANGKAN JERAWAT PADA KULIT WAJAH DENGAN SET KECANTIKAN SHAKLEE

Salam buat semua,

Nama saya Lisa Laing. Saya seorang ibu dan surirumah. Pengalaman saya bersama Shaklee sangat mengembirakan saya dan keyakinan diri saya kembali bila berhadapan dengan orang.Tiada lagi perasaan rendah diri dan benci pada diri sendiri setiap kali melihat.

Perkongsian saya adalah berkaitan dengan kulit wajah saya yang bermasalah teruk selepas saya melahirkan anak pertama pada November Tahun 2010. Wajah yang bebas jerawat dan bersih licin tiba-tiba dipenuhi dengan jerawat yang sangat teruk. Lebih parah ia sakit bagaikan kulit terbakar bila dicuci.

Pelbagai produk dari harga murah hingga ratusan ringgit telah diguna untuk mengubati masalah jerawat saya. Namun tidak juga sembuh. Tetapi ia membuat muka saya ditumbuhi dengan lebih banyak jerawat,kulit muka kemerahan serta kulit terasa terbakar kepedihan setiap kali muka dicuci.

Saya pernah berjumpa Doktor pakar kulit swasta. Doktor memberitahu bahawa masalah saya timbul disebabkan Hormon Exchange selepas bersalin. Ubat yang dibagi doktor memang membantu tetapi bila tidak meneruskan pengambilan ubat yang dibagi doktor jerawat saya timbul dan lebih parah lagi jerawat muka saya semakin teruk. Bayangkan dalam 1 bulan perlu follow up 2 kali dalam 1 bulan. Dalam 1 bulan sahaja ratusan ringgit melayang tanpa kesan memuaskan. Saya sangat berputus asa.

Itulah kisah saya tanpa Shaklee.

Permulaan saya bersama Shaklee bermula apabila saya melayari internet. Banyak sangat testimoni berkaitan kebaikan Shaklee di internet. Hati saya tergerak untuk mencuba produk Shaklee.

(Jika tidak silap saya mula mengenali Shaklee pada tahun 2012.)

Saya merasa bersyukur sangat kerana Shaklee  telah membantu saya dalam  mengatasi kulit muka yang ditumbuhi  jerawat teruk . Kini jerawat teruk bagaikan membakar wajah saya telah hilang buat selamanya. Terima Kasih sangat kepada pengasas Shaklee ini kerana telah mengeluarkan produk yang sangat terbaik.

Sekarang tanpa meneruskan pengambilan Shaklee kulit muka saya tetap sihat dan bebas jerawat. Ada pun jerawat timbul jerawat nakal yang datang sekejap sehaja.

(Hampir 1 tahun mulai 2014 tidak meneruskan pengambilan Shaklee kecuali ambil Vitamin C sahaja)

Lebih mengembirakan saya ialah sekarang saya tidak perlu guna makeup tebal bila berjumpa kawan. Kadang tanpa makeup pergi ke kedai.

Ini adalah senarai produk yang saya ambil:
1) Awal pengambilan hanya dengan Vitamin C dan ESP
2) Bulan seterusnya ada bajet saya tambah Alfalfa
3) Ada bajet lagi saya beli GLA untuk bantu stabilkan hormon 
4) Bulan seterusnya saya beli Vitamin E
5) Disebabkan saya tidak dapat guna sebarangan produk pencuci muka saya pun mencuba Enfuselle Gel Cleansing. Tidak memedihkan kulit muka saya.

Lihat sendiri testimoni saya. Gambar dulu dan terbaru sekarang (6/10/2015). Tanpa pengunaan berterusan tiada lagi jerawat teruk timbul walaupun saya baru lepas bersalin pada 2/8/2015.

Sekian.

Terima Kasih Shaklee.

Anda mengalami masalah seperti di atas? Mahu mencuba untuk merawat dan menghilangkan jerawat pada kulit wajah dengan Set Kecantikan Shaklee?



Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Ulasan

  1. http://yourmakeup.ga/2018/11/28/cara-merawat-kulit/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kembalikan Kesihatan Sendi dengan Vivix: Penyelesaian Terbaik untuk Sendi yang Sihat

Sakit sendi merupakan masalah yang kerap dialami, terutama bagi mereka yang berusia atau sering melakukan aktiviti berat. Kualiti hidup boleh terjejas apabila sendi-sendi mula sakit, kaku, atau meradang. Keadaan ini bukan saja menyukarkan pergerakan harian tetapi juga mengurangkan keyakinan diri. Tapi jangan risau, ada cara semulajadi untuk bantu kesihatan sendi dan mengekalkan pergerakan yang lancar – dengan bantuan Vivix. Punca Masalah Sendi Punca utama sakit sendi adalah kerosakan pada tulang rawan, yang berfungsi melindungi hujung tulang dalam sendi. Lama-kelamaan, faktor seperti penuaan, pemakaian sendi yang berlebihan, dan keradangan boleh menyebabkan tulang rawan ini haus atau pecah. Akibatnya, sendi-sendi akan mula bergesel, yang menyebabkan rasa sakit, bengkak, dan kekakuan. Selain itu, radikal bebas juga boleh mempercepatkan kerosakan sel pada sendi, meningkatkan risiko keradangan. Bagaimana Vivix Membantu Menyokong Kesihatan Sendi Vivix mengandungi bahan antioksidan yang tin...

8 Langkah Mudah untuk Melegakan Sakit Lutut dan Meningkatkan Kesihatan Sendi

Pagi tadi kita telah belajar tentang simptom sakit lutut dan petang tadi, kita kupas faktor dan puncanya. Sekarang, tiba masanya kita bincangkan cara-cara yang boleh membantu melegakan sakit lutut dan meningkatkan kesihatan sendi anda secara keseluruhan. 1. Lakukan Senaman Ringan – Senaman ringan seperti berjalan, berenang, atau yoga sangat membantu dalam menguatkan otot di sekitar lutut. Ini membantu untuk menyokong sendi lutut dan mengurangkan tekanan berlebihan yang boleh mencetuskan kesakitan. 2. Cuba Latihan Penguatan – Latihan khusus yang menguatkan otot paha, pinggul, dan betis juga penting untuk mengurangkan tekanan pada lutut. Contohnya, latihan squat ringan atau lunges yang dilakukan dengan teknik yang betul. 3. Kurangkan Berat Badan – Jika anda mengalami kelebihan berat badan, cubalah untuk turunkan sedikit demi sedikit. Setiap kilogram yang kita kurangkan, ia memberi impak besar dalam mengurangkan tekanan pada sendi lutut. 4. Gunakan Ais dan Panas – Ais boleh membantu mengu...

Sering Kena Gastrik? Ini 7 Tips Pantas & Berkesan Untuk Legakan Sakit Gastrik Anda!

Bayangkan pagi-pagi dah rasa pedih kat ulu hati. Nak makan pun serba salah sebab takut makin sakit. Bila sakit gastrik datang, memang rasa tak keruan. Korang yang pernah kena mesti faham betapa peritnya situasi ni. Tapi jangan risau, ada cara untuk atasi dan cegah sakit gastrik supaya hidup korang lebih tenang dan selesa. Hari ni saya nak kongsikan punca, faktor risiko, tanda-tanda gastrik, dan paling penting, 7 tips pantas yang korang boleh cuba untuk legakan sakit gastrik. Saya juga akan cerita tentang produk Shaklee yang boleh bantu atasi masalah ni. Punca Gastrik Gastrik terjadi apabila lapisan perut (mukosa) mengalami keradangan atau iritasi. Beberapa punca utama gastrik termasuk: Pola makan yang tak teratur – Lewat makan atau skip waktu makan boleh sebabkan asid perut terkumpul dan mencederakan dinding perut. Tekanan/stres – Bila korang stres, badan akan menghasilkan lebih banyak asid perut. Pengambilan makanan pedas dan berasid – Ini boleh merangsang pengeluaran asid p...

Kenali Tanda-Tanda Awal Gout Sebelum Ia Menjadi Lebih Serius

Gout mungkin nampak macam masalah kecil pada mulanya, tapi kalau dibiarkan, ia boleh memberi kesan besar pada kualiti hidup korang. Bayangkan sakitnya sendi, terutama di bahagian kaki, sampai nak berjalan pun rasa perit. Ramai yang anggap sakit ni hanya untuk orang tua, tapi sebenarnya, sesiapa pun boleh kena, terutamanya lelaki berusia 30-an ke atas. Apa sebenarnya gout? Kenapa ia berlaku? Dan macam mana korang boleh cegah sebelum ia jadi lebih serius? Jom kita bincangkan semuanya, termasuk bagaimana produk Shaklee boleh bantu korang kawal masalah ni. Apa Itu Gout? Gout adalah sejenis arthritis yang disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi dalam darah. Bila badan korang tak dapat singkirkan asid urik ni dengan betul, ia akan berkumpul di sendi dalam bentuk kristal tajam. Ini yang menyebabkan rasa sakit dan bengkak pada sendi. Punca Gout Pengambilan makanan tinggi purin Makanan seperti daging merah, makanan laut, dan organ dalaman haiwan mengandungi purin yang tinggi. ...

Tambah Susu Badan: Jangan Biarkan Bayi Anda Kelaparan

Bila ada bayi, semua ibu pasti nak berikan yang terbaik.   Menyusukan anak adalah satu pengalaman yang sangat istimewa, tapi tak dinafikan ada juga cabarannya.   Salah satu cabaran terbesar?   Susu badan tak cukup.   Mungkin anda dah cuba macam-macam cara tapi susu tetap tak bertambah.   Jangan risau, anda tak keseorangan.   Ramai ibu lain pun pernah berada di tempat yang sama.   Mari kita kupas punca masalah ni, faktor penyumbang, dan cara terbaik untuk tambahkan susu badan.   Kenapa Susu Badan Jadi Kurang?   Susu badan bergantung pada prinsip "supply and demand".   Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dihasilkan.   Tapi, ada beberapa sebab kenapa susu badan boleh kurang.   Antaranya, teknik penyusuan yang kurang betul.   Kalau bayi tak dapat latch dengan baik, susu tak akan keluar dengan sempurna.   Dehidrasi juga boleh jadi punca....