Berikutan kes harian yang semakin meningkat, risau pula tengok trend yang tak tahu bila nak start turunnya. Lihatlah trend graf daily new cases in Malaysia ni. Rasanya tak cukup 14 hari total lockdown. Paling kurang sebulan, tak pun lanjut sampai 2 bulan. Aduhai..
6,999 kes baru pada 30-5-2021 Ahad. Kes kematian harian tertinggi 98 setakat ini. Dalam fb posting rakan-rakan saya pun ada beberapa di antara mereka yang membuat hantaran kematian ahli keluarga terdekat, pakcik-makcik mereka sendiri akibat dijangkiti virus covid-19.
Kesimpulannya, kita tidak tahu bilakah pandemik covid-19 ini akan hilang. Ditambah pula dengan kemasukan varint of concern dari India dan Afrika yang lebih ganas dari sebelum ini, vaksin yang ada berkesan pada variant yang sebelum ini. Self lockdown + total lockdown adalah usaha terbaik yang disarankan KKM harus disambut baik semua pihak. Yang paling penting, kuatkan imun badan dengan makan vitamin C setiap hari.
Ulasan
Catat Ulasan