Skip to main content

7 JENIS AKTIVITI SANTAI YANG MAMPU BAKAR KALORI TUBUH DAN KURUSKAN BADAN

Antara alasan paling kerap diberikan apabila tidak bersenam ialah mempunyai aktiviti harian yang sangat padat sehingga tidak ada masa untuk berkunjung ke gimnasium atau mana-mana pusat kecergasan. Tahukah anda? Anda masih boleh membakar kalori tubuh dan mendapatkan badan yang kurus dan langsing dengan melakukan beberapa aktiviti santai sebagai pengganti senaman di gimnasium.

1. Berbasikal

Jika anda tidak suka berjalan kaki, anda boleh mencari alternatif lain iaitu dengan berbasikal yang semestinya cukup mudah dan menyihatkan. Berbasikal dapat membentuk otot paha dan punggung supaya menjadi lebih mantap. Ubahlah kebiasaan anda dari menaiki kereta untuk ke tempat yang berdekatan rumah dengan menaiki basikal. Berbasikal selama 1 jam dapat membakar sehingga 600 kalori.

2. Berjalan kaki

Tidak salah sekiranya anda berjalan kaki jika jarak tempat yang anda ingin tuju tidak terlalu jauh. Walaupun ia akan mengambil sedikit masa tetapi sekurang-kurangnya akan dapat membantu anda jika tidak berkesempatan untuk ke gimnasium. Berjalan kaki selama 1 jam dapat membakar sehingga 300-400 kalori. Jika anda berlari, lebih banyak kalori dibakar iaitu sehingga 600 kalori/jam.

3. Mengemas rumah

Mengemas dan membersihkan rumah adalah salah satu alternatif senaman yang sangat efektif. Anda boleh melakukannya tanpa perlu ke pusat kecergasan dan sangat mudah dipraktikkan setiap hari. Sambil mengemas, anda boleh mendengar muzik kegemaran dan menarilah sambil melakukan kerja membersih. Mengemas rumah selama 1 jam dapat membakar sehingga 240 kalori.

4. Menaiki tangga

Ubahlah kebiasaan anda menggunakan lif dengan memanjat tangga. Ini adalah salah satu latihan kardio yang mampu membakar kalori serta mengencangkan otot paha dan pinggul anda. Aktiviti naik turun tangga selama 30 minit dapat membakar sehingga 300 kalori.

5. Mengambil laluan lebih panjang

Berjalan kaki belum tentu cukup untuk membakar kalori tubuh dalam jumlah yang banyak. Jika anda masih mempunyai waktu terluang, apa kata cuba berjalan di laluan yang lebih panjang atau jauh dalam keadaan santai. Untuk merasa lebih relaks dan tenang, anda boleh melakukannya pada waktu pagi atau petang di taman-taman berdekatan kediaman anda. Jumlah kalori dibakar adalah sama seperti aktiviti berjalan kaki.

6. Bersenam bersama kawan

Luangkan masa yang ada dengan beriadah bersama kawan-kawan dengan aktiviti bermain badminton, berenang, aerobik dan sebagainya. Cara ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim malahan anda akan dapat menghabiskan masa yang lebih panjang dan membakar kalori yang lebih banyak berbanding bersenam sendirian. Bermain badminton dapat membakar 760 kalori, berenang dengan kelajuan maksima 500 kalori manakala aerobik membakar 550 kalori.

7. Bermain dengan binatang kesayangan

Tahukah anda bahawa setiap kali anda bermain dengan binatang kesayangan, anda akan mengeluarkn tenaga dalam jumlah yang banyak. Selain bermain di dalam rumah, anda boleh berjalan-jalan di taman yang tentu sekali akan membakar banyak kalori tubuh. Bermain dengan binatang kesayangan selama 30 minit dapat membakar sehingga 60-85 kalori.

Aktiviti santai yang mampu bakar kalori tubuh dan kuruskan badan
Berbasikal: 600 kalori
Berjalan kaki: 300-400 kalori
Mengemas rumah: 240 kalori
Menaiki tangga: 300 kalori
Aerobik: 550 kalori
Bermain dengan binatang kesayangan: 60-85 kalori

Anda mungkin memerlukan suplemen untuk memudahkan lagi program diet yang diamalkan. Dapatkan Set Kurus Shaklee yang bertindak melalui 4 langkah; detoks, bakar lemak, buang lemak dan bina otot.

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

  1. saya bakar kalori dengan mengemas dan naik turun tangga... hihihi..skrg ni tgh usaha nak tingkatkan pembakaran kalori..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembalikan Kesihatan Sendi dengan Vivix: Penyelesaian Terbaik untuk Sendi yang Sihat

Sakit sendi merupakan masalah yang kerap dialami, terutama bagi mereka yang berusia atau sering melakukan aktiviti berat. Kualiti hidup boleh terjejas apabila sendi-sendi mula sakit, kaku, atau meradang. Keadaan ini bukan saja menyukarkan pergerakan harian tetapi juga mengurangkan keyakinan diri. Tapi jangan risau, ada cara semulajadi untuk bantu kesihatan sendi dan mengekalkan pergerakan yang lancar – dengan bantuan Vivix. Punca Masalah Sendi Punca utama sakit sendi adalah kerosakan pada tulang rawan, yang berfungsi melindungi hujung tulang dalam sendi. Lama-kelamaan, faktor seperti penuaan, pemakaian sendi yang berlebihan, dan keradangan boleh menyebabkan tulang rawan ini haus atau pecah. Akibatnya, sendi-sendi akan mula bergesel, yang menyebabkan rasa sakit, bengkak, dan kekakuan. Selain itu, radikal bebas juga boleh mempercepatkan kerosakan sel pada sendi, meningkatkan risiko keradangan. Bagaimana Vivix Membantu Menyokong Kesihatan Sendi Vivix mengandungi bahan antioksidan yang tin

8 Langkah Mudah untuk Melegakan Sakit Lutut dan Meningkatkan Kesihatan Sendi

Pagi tadi kita telah belajar tentang simptom sakit lutut dan petang tadi, kita kupas faktor dan puncanya. Sekarang, tiba masanya kita bincangkan cara-cara yang boleh membantu melegakan sakit lutut dan meningkatkan kesihatan sendi anda secara keseluruhan. 1. Lakukan Senaman Ringan – Senaman ringan seperti berjalan, berenang, atau yoga sangat membantu dalam menguatkan otot di sekitar lutut. Ini membantu untuk menyokong sendi lutut dan mengurangkan tekanan berlebihan yang boleh mencetuskan kesakitan. 2. Cuba Latihan Penguatan – Latihan khusus yang menguatkan otot paha, pinggul, dan betis juga penting untuk mengurangkan tekanan pada lutut. Contohnya, latihan squat ringan atau lunges yang dilakukan dengan teknik yang betul. 3. Kurangkan Berat Badan – Jika anda mengalami kelebihan berat badan, cubalah untuk turunkan sedikit demi sedikit. Setiap kilogram yang kita kurangkan, ia memberi impak besar dalam mengurangkan tekanan pada sendi lutut. 4. Gunakan Ais dan Panas – Ais boleh membantu mengu

LOW MILK SUPPLY: KETAHUI 8 CARA MENGATASI MASALAH SUSU BADAN KURANG

Jika anda mengalami masalah susu badan kurang dan telah mengenalpasti punca-punca nya, cuba lakukan 8 cara berikut untuk mengatasinya: 1. Kerapkan meyusu bayi atau pam susu sekurang-kurangnya 3 jam sekali. 2. Urut atau tuam payudara. 3. Makan makanan seimbang atau ambil suplemen . 4. Minum air secukupnya sekurang-kurangnya 3liter/hari. 5. Berfikiran positif, banyakkan berdoa, zikir, mengharap kepada-Nya agar dipermudahkan perjalanan penyusuan. "Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan” 6. Memilih pam susu yang sesuai (hospital grade), menggunakan teknik yang betul, cepat dan berkesan serta mengamalkan strategi (power pumping, pam waktu malam, tandem nursing). 7. Skin to skin. 8. Offer both breast. Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatka

SET JERAGAT SHAKLEE (VITAMIN UNTUK MENGHILANGKAN JERAGAT DI WAJAH)

Kehadiran jeragat pasti mencacatkan penampilan seseorang wanita. Selalunya mereka yang mengalami masalah jeragat ini terpaksa mengenakan mekap tebal untuk menutup kesan tompokan berwarna coklat sama ada coklat gelap atau coklat yang pudar. Untuk wajah bebas jeragat tanpa perlu bermekap, anda bolehlah mencuba Set Jeragat Shaklee yang terdiri daripada: Set Jeragat Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour   RM173.75 (non-member) ESP : ESP Shaklee membekalkan protein semulajadi dari sumber soya bukan GMO. ESP mengandungi kandungan protein dan isoflavones yang  bertindak serentak untuk menghalang pertumbuhan sel tidak normal dan membaiki masalah jeragat. GLA Complex   RM97 (non-member) GLA Complex : Jeragat berlaku kerana terdapat masalah pada hormon. Oleh itu, pengambilan Gamma Lenolenic Acid (GLA) adalah amat penting. GLA Complex Shaklee mengandungi 2 kali ganda lebih GLA berbanding jenama lain di pasaran. Untuk menghilangkan jeragat pada, GLA Complex

Gejala Hipertensi yang Ramai Abaikan

Hai semua! Jika anda mengikuti entri sebelum ini, anda pasti sudah tahu tentang hipertensi dan betapa pentingnya untuk menjaga tekanan darah kita. Namun, dalam entri kali ini, kita akan berbincang mengenai gejala-gejala hipertensi yang sering diabaikan oleh ramai orang. Simptom-simptom ini mungkin nampak ringan, tetapi jika dibiarkan, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius. Mari kita lihat dengan lebih mendalam! Sakit Kepala: Petanda Awal yang Sering Diremehkan Salah satu gejala yang sering diabaikan adalah sakit kepala. Banyak daripada kita mungkin beranggapan bahawa sakit kepala itu hanya disebabkan oleh tekanan kerja atau kurang tidur. Namun, sakit kepala yang berterusan, terutamanya yang berlaku secara tiba-tiba, boleh menjadi petanda bahawa tekanan darah anda berada pada tahap yang tidak normal. Jadi, jika anda sering mengalami sakit kepala, jangan pandang remeh. Ambil sedikit masa untuk memeriksa tekanan darah anda! Pandangan Kabur: Tanda Bahaya yang Patut Di

Archive

Show more